اهلا وسهلا

21 Januari, 2013

Menjelang 12 Rabi'ul Awal

1400 tahun yang lalu lahirlah insan yang diberi gelaran Khatimul Anbiya'.Insan mulia budi pekertinya.Qudwah hasanah buat ummatnya.Allah.....rindu kami padamu duhai kekasih Allah tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Walaupun tiada kita pernah bersua, tidak dapat diselindung rindu yang bertamu dihati.Muhasabah diri layakkah kami menerima syafaatmu ya Rasullulah. Selagi nafas masih ada, kami tidak akan berhenti mengamalkan sunnahmu, mengamalkan segala yang dikau tinggalkan meninggalkan segala apa yang dikau larang.Kami masih mencuba ya Rasullulah cuba dan terus mencuba agar kami tidak terus lalai hanyut dibuai nikmat dunia.Selawat dan salam buatmu duhai kekasih, kami menadah tangan kepada Rabbul'Alamin moga kami dapat bersua jua denganmu di alam sana yang kekal selama-lamanya..Sollu 'alannabiy...


Pemergian yang tiada gantinya.

Tanggal 20 Januari 2013 mencatatkan peristiwa sedih bagi warga SK Balok Baru kerana kami semua telah kehilangan seorang guru yang sangat dedikasi pada tugasnya Allahyarham cikgu Mohd Shahril Fatah. Kami warga j-QAF mengucapkan takziah buat keluarga Allahyarham,sama-samalah kita mendoakan semoga roh beliau ditempatkan dikalangan hamba-hambaNya yang beriman,amin ya rabb.-AL-FATIHAH.

20 Januari, 2013

Selamat datang 2013

Alhamdullilah masih dikurniakan hayat untuk menghirup udara di bumi Allah yang teramat luas. Sungguh lama benar saya tidak meng'update' sebarang berita dan maklumat di blog j-QAF SK Balok Baru gara-gara terlupa password login. Alhamdullilah ingatan itu dikembalikan semula,dan dapatlah login malam ini.Banyak perubahan yang berlaku pada tahun 2013 ini. Dengan sof pimpinan yang sudah diperbaharui,semoga terus mantap dan dapat bekerja dengan lebih keras lagi demi mendidik anak-anak murid tentang ibadah,akidah,solat serta segala ilmu yang ada.j-QAF SK Balok Baru tahun ini juga dimantapkan lagi dengan kehadiran seorang ustaz,Ustaz Hafiz Bin Alimi ahlan wa sahlan ucapan diberi,semoga dengan kehadiran ustaz Hafiz segala perjalanan program j-QAF akan bertambah lancar,insya'allah biiznillah.

19 November, 2011

Selamat bercuti

Pejam celik rupanya pantas benar waktu bergerak meninggalkan kita,cuti hujung tahun menjengah lagi.Selamat bercuti diucapakan kepada semua warga SKBalok Baru.Manfaatkan cuti kita dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah.Buat anak-anak murid jaga diri dan keselamatan anda semasa bercuti,buat rakan-rakan j-QAF insyaallah jumpa semasa bertugas di cuti nanti.Doa diiringi semoga Allah memanjangkan usia kita untuk terus manambahkan ilmu dan amal ibadah kepadaNYa,jumpa lagi tahun hadapan Insyaallah biiznillah :)


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

02 Ogos, 2011

Sof pimpinan j-QAF SKBB 2011



Dari kiri : Ustz Suwaty,Ustz Ros Arniza,Ustz Roslizar,Ustz Umi Hamizan,Ustz Siti Zubaidah,Ustz Nor Wahida dan Ustz Munirah.Duduk : Ustaz Hisham

31 Julai, 2011

Marhaban Ya Ramadhan

Sudah agak lama rasanya tidak dikemaskini blog j-QAF SKBB,Alhamdullilah hari ini masih di beri peluang untuk meneruskan perjuangan di lapangan ini.Ucapan kesyukuran dilafazkan kerana kita masih diberi peluang untuk bertemu dengan Ramadhan tahun ini.Persiapkan diri,menambahkan seberapa banyak amalan di bulan yang penuh keberkatan.Moga-moga Ramadhan tahun ini lebuh baik dari Ramadhan yang lepas,bulan yang menjadi madrasah mendidik diri kita menjadi hambaNya yang bertaqwa.Akhirul kalam untuk anda :
~Ahlan ya Ramadhan,bulan penuh kemuliaan,penuh keberkatan,kedatanganmu kami nantikan,pertingkatkan amalan,perkuatkan iman,moga utuhlah benteng ketaqwaan~


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

19 Mei, 2011

Selamat Hari Guru 2011

Ucapan SELAMAT HARI GURU khusus buat semua warga pendidik SK BALOK BARU,teruskan perjuangan kalian mendidik anak bangsa menjadi insan yang berbakti buat agama,negara dan bangsa.Semoga usaha kita semua diberkati olehNya.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini