اهلا وسهلا

30 Oktober, 2010

KBS KALI KE 4 TAHAP 2

Alhamdullilah..segala puji bagiMu Rabbi..program j-QAF KBS Kali ke 4 bagi tahap 2 berjalan dengan baik dan lancar. Sangat teruja dan gembira melihat anak-anak didik seronok dalam permainan Explorace yang menguji minda dan hafalan dalam bacaan solat. Pembentangan di dalam kelas juga dapat dilaksanakan dengan baik sekali. Alfun mabruk dan sekalung tahniah buat anak-anak didik SK Balok Baru. Jutaan terima kasih buat barisan guru j-QAF,GPI dan seluruh warga SK Balok Baru dalam menjayakan KBS Kali ke 4 ini. Semoga segala penat lelah dan usaha kita untuk melahirkan generasi Rabbani diberkati olehNYA.

20 Oktober, 2010

E-LAPORAN OKTOBER 2010

Untuk makluman semua guru-guru j-qaf daerah kuantan, berikut adalah tarikh-tarikh penting berkaitan elaporan oktober 2010 :

TAKLIMAT ELAPORAN VERSI 10.7
Tarikh : 26 Oktober 2010
Hari : Selasa
Masa dan tempat akan dimaklumkan kemudian. Tunggu surat drpd PPD. Sekiranya pada hari jumaat ini masih belum terima surat sila hubungi ustaz Saudi.

TARIKH AKHIR HANTAR DATA ELAPORAN KE PPD : 2 NOVEMBER 2010

Untuk tujuan tersebut, ustaz-ustazah diminta menjalankan ujian Penilaian Jawi 6 bulan kedua dan Peperiksaan Bahasa Arab akhir tahun dengan kadar segera untuk memasukkan markah2 tersebut ke dalam sistem elaporan.

Ustaz-ustazah juga boleh memuat turun enjin elaporan yang baru Versi 10.7 di blog j-qaf pahang : www.j-qafpahang.blogspot.com

Terima Kasih.

KBS KALI KE 4

Insyaallah jika tiada aral melintang KBS Kali ke 4 SK Balok Baru akan diadakan pada
30 Oktober 2010 bagi tahap 2 dan 3 November 2010 bagi tahap 1,sebarang perubahan akan dimaklum kemudian.

05 September, 2010

Salam Lebaran

Ramadhan semakin hampir meninggalkan kita,moga-moga segala amalan yang dilakukan mendapat keberkatan.Kami panjatkan kepadaMu Ya Rahman moga kami semua dipanjangkan umur untuk bertenu kembali dengan Ramadhan yang akan datang. Buat semua warga SK Balok Baru diucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri, bagi yang pulang ke kampung pandu kereta dengan berhati-hati. Semoga kita semua berada di bawah lembayung Rahmat dan Kasih sayangNya..amin ya rabb.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

06 Jun, 2010

Selamat Bercuti

Selamat bercuti diucapkan kepada semua warga pendidik dan anak-anak didik SK Balok Baru, semoga cuti kali ini dapat dipenuhi dan diisi dengan aktiviti yang berfaedah. Jaga kesihatan dan keselamatan di mana jua kita berada. Didoakan kita semua berada di bawah rahmat dan kasih sayangNya selalu.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

24 Mei, 2010

Kem Bestari Solat kali ke 2 (2010)

Alhamdullilah,Kem Bestari Solat kali ke 2, berjalan dengan baik dan lancar,ribuan terima kasih diucapkan kepada barisan pentadbiran SKBB, pasukan j-QAF SKBB, guru-guru yang terlibat merangkap fasilitator dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan kem kali ini.

14 Mei, 2010

Selamat Hari Guru


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Guruku

Wahai guru yang dikasihi,
Engkaulah pelita diri ini,
Menerangi hati nurani,
Moga dirimu dirahmati

Ya ALLAH piliharalah guruku,
Agar dipimpin terus hambaMu,
Agar terhindar dari Neraka,
Moga dibukakan pintu Syurga

Tak terbalas jasamu
Berkorban jiwa raga
Mendidik anak bangsa
Jadi insan berguna

Keikhlasan di hati
Hulur bakti dan budi
Kau penyambung warisan
Ilmu cahaya hati

Ampunkanlah wahai guruku,
Kesilapan anak-anakmu,
Ku serahkan jiwa ragaku,
Agar terdidik nafsu liarku

Dengan izin Allahu Rabbi,
Engkaulah guru yang sejati,
Engkau bersabar mendidik kami,
Semoga dirimu diberkati,

Datang dengan harapan,
Pulang bawa kejayaan,
Anugerah yang diimpikan
NASYID BY INTEAM

13 Mei, 2010

السلام عليكم

Salam sejahtera kepada semua yang sudi bertamu di laman blog kami.Moga redha Allah sentiasa bersama kita,amin ya rabb.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

06 Mei, 2010

Selamat Hari Ibu


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Ibuku kaulah pelita
Yang dulu kini selamanya
Kau beriku kasih kau beriku manja
Kasihmu kudambakan

Engkaulah ibu yang kusayangi
Kasihmu mekar harum mewangi
Menghiasi taman hati
Bak lilin membakar diri
Menyinari hidup ini

Sejak dulu ku dibelai dimanja
Bersarat cinta padat di dada
Walaupun penuh sengsara bertemankan air mata
Berkorban jiwa dan raga

Kasihmu ibu tiada duanya
Kasihmu ibu tiada bandingnya
Mendidik kami dengan kesabaran
Kepayahan dan keperitan ditanam di jiwa

Kasihmu ibu tiada nilainya
Tak rela aku melihatmu di dalam keadaan duka
Hapuskanlah air matamu
Kerana ia menyayat hati ini
Terasa bagai tertusuk sembilu
Hanya Allah yang tahu
Pedihnya hati ini

Kasihmu ibu bak mutiara
Pasti berkilau selamanya
Tidak seperti kaca
Jatuh hancur berkecai
Musnahlah segalanya

Kasihmu ibu yang kurindukan
Penawar hati di kala duka
Kupohonkan restumu setitis doa suci
Mengharap kasih Ilahi

Kasihmu ibu kusanjung selalu
Pengorbanan yang kau curahkan
Setulus hatimu
Sehingga kini kasih yang suci
Tetap bersemi di hati ini
Seharum kasturi

Kini setelah dewasa
Masa dan detiknya telah tiba
Untukku membalas segalanya
Buat ibu tercinta
Semoga kau bahagia

nasyid by NAHWAN NUR

27 April, 2010

الصلاة عماد الدين

"Solat itu tiang agama"-Solat merupakan tunggak utama dalam kehidupan seorang muslim.Perkataan "Solat" bermaksud DOA dari segi bahasa dan menurut istilah syarak, solat ialah beberapa perkataan dan perbuatan yang didahului dengan takbir dan diakhiri salam dengan syarat-syarat tertentu. Teringat sewaktu menyampaikan tazkirah pendek kepada khalifah-khalifah kecil di sekolah tentang solat.Soalan diutarakan berbunyi adakah kamu sudah menghubungi nombor telefon Allah hari ini? Lalu dari kejauhan 1 suara kecil berbunyi 'Camne nak dail no telefon Allah guna hp ke?'. Tak lama kemudian suara lain pula berbisik 'ustazah...pada Allah pun ada telefon gak ker?'..Sambil tersenyum dari kejauhan..Wahai anak murid yang disayangi..no telefon Allah yang ustazah maksudkan adalah bilangan rakaat solat yang kita tunaikan jawapannya 24434. 2 untuk bilangan rakaat solat Subuh,4 untuk bilangan rakaat solat Zohor, 4 seterusnya bilanga rakaat solat Asar. 3 pula untuk solat Maghrib dan yang terakhir 4 untuk bilangas solat Isya'. Khalifah-khalifah kecil tersenyun kepuasan dengan jawapan yang diberikan.

26 April, 2010

بالتوفيق والنجاح

Selamat Maju Jaya diucapkan kepada semua murid tahun 6 yang akan menghadapi Ujian Pengesanan UPSR mulai 27-29 APRIL 2010 ini. Do the best among the best!


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

25 April, 2010

Dakwah dan Ukhuwwah


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Alhamdullilah

الحمدلله segala puji hanya bagiMu Tuhan kami yang Maha Perkasa.Dengan rahmatNya dapat juga saya membina sebuah blog yang masih banyak kekurangan khas buat warga j-QAF SK Balok Baru dan warga SK Balok Baru amnya.Masih banyak yang perlu diperbaiki dalam blog ini.Secara jujurnya,saya memang tidak ada asas/basic langsung tentang dunia blog,tapi alhamdullilah kesyukuran dipanjatkan kerana dapat jua menyiapkannya. Terima kasih khusus ditujukan kepada Guru Data SK Balok Baru,YM TUAN MOHD JOHARI BIN TUAN MUSTAFHA yang mencetuskan inspirasi supaya membina blog ini,tidak dilupa kepada warga j-QAF SK Balok Baru seramai 7 orang yang sentiasa menyuntik semangat juga syukran jazilan kepada suami yang tidak jemu memberi tunjuk ajar. Terima kasih tidak terhingga buat kalian semua. Buat teman-teman seperjuangan diharap dapat memberi tunjuk ajar buat saya dan berkongsi segala ilmu dan maklumat di laman blog ini.

Slaid Kenangan

Koleksi Gambar





24 April, 2010

Ahlan Wa Sahlan

Ahlan Wasahlan diucapkan kepada semua pelayar yg sudi bertamu di laman blog j-QAF SK Balok Baru.Kami masih baru dlm dunia blog dan byk sgt kekurangan pd permulaan.Moga para tetamu sekalian dapat memberi cadangan utk memantapkan lagi laman blog ini.