Blog ini diwujudkan adalah bertujuan untuk perkongsian ilmu dan maklumat sebagai warga j-QAF khususnya dan warga pendidik amnya.Selain itu,blog ini adalah wadah utama untuk menyampaikan maklumat terkini tentang dunia pendidikan seiring dengan tujuan utama program j-QAF iaitu memperkasakan subjek Pendidikan Islam.
اهلا وسهلا
25 April, 2010
Alhamdullilah
الحمدلله segala puji hanya bagiMu Tuhan kami yang Maha Perkasa.Dengan rahmatNya dapat juga saya membina sebuah blog yang masih banyak kekurangan khas buat warga j-QAF SK Balok Baru dan warga SK Balok Baru amnya.Masih banyak yang perlu diperbaiki dalam blog ini.Secara jujurnya,saya memang tidak ada asas/basic langsung tentang dunia blog,tapi alhamdullilah kesyukuran dipanjatkan kerana dapat jua menyiapkannya. Terima kasih khusus ditujukan kepada Guru Data SK Balok Baru,YM TUAN MOHD JOHARI BIN TUAN MUSTAFHA yang mencetuskan inspirasi supaya membina blog ini,tidak dilupa kepada warga j-QAF SK Balok Baru seramai 7 orang yang sentiasa menyuntik semangat juga syukran jazilan kepada suami yang tidak jemu memberi tunjuk ajar. Terima kasih tidak terhingga buat kalian semua. Buat teman-teman seperjuangan diharap dapat memberi tunjuk ajar buat saya dan berkongsi segala ilmu dan maklumat di laman blog ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan