اهلا وسهلا

19 November, 2011

Selamat bercuti

Pejam celik rupanya pantas benar waktu bergerak meninggalkan kita,cuti hujung tahun menjengah lagi.Selamat bercuti diucapakan kepada semua warga SKBalok Baru.Manfaatkan cuti kita dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah.Buat anak-anak murid jaga diri dan keselamatan anda semasa bercuti,buat rakan-rakan j-QAF insyaallah jumpa semasa bertugas di cuti nanti.Doa diiringi semoga Allah memanjangkan usia kita untuk terus manambahkan ilmu dan amal ibadah kepadaNYa,jumpa lagi tahun hadapan Insyaallah biiznillah :)


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

02 Ogos, 2011

Sof pimpinan j-QAF SKBB 2011



Dari kiri : Ustz Suwaty,Ustz Ros Arniza,Ustz Roslizar,Ustz Umi Hamizan,Ustz Siti Zubaidah,Ustz Nor Wahida dan Ustz Munirah.Duduk : Ustaz Hisham

31 Julai, 2011

Marhaban Ya Ramadhan

Sudah agak lama rasanya tidak dikemaskini blog j-QAF SKBB,Alhamdullilah hari ini masih di beri peluang untuk meneruskan perjuangan di lapangan ini.Ucapan kesyukuran dilafazkan kerana kita masih diberi peluang untuk bertemu dengan Ramadhan tahun ini.Persiapkan diri,menambahkan seberapa banyak amalan di bulan yang penuh keberkatan.Moga-moga Ramadhan tahun ini lebuh baik dari Ramadhan yang lepas,bulan yang menjadi madrasah mendidik diri kita menjadi hambaNya yang bertaqwa.Akhirul kalam untuk anda :
~Ahlan ya Ramadhan,bulan penuh kemuliaan,penuh keberkatan,kedatanganmu kami nantikan,pertingkatkan amalan,perkuatkan iman,moga utuhlah benteng ketaqwaan~


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

19 Mei, 2011

Selamat Hari Guru 2011

Ucapan SELAMAT HARI GURU khusus buat semua warga pendidik SK BALOK BARU,teruskan perjuangan kalian mendidik anak bangsa menjadi insan yang berbakti buat agama,negara dan bangsa.Semoga usaha kita semua diberkati olehNya.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


14 Februari, 2011

Alangkah indahnya hidup ini.....

سلام مولد الرسول


Dapatkan Testi-Testi Menarik di Sini


Ya Rasulullah
Walau tiada kita pernah bersua
Rindu kami bertaut selamanya

Ya Rasulullah
Dikau qudwah hasanah kami
Dikau ikutan kami

Ya Rasulullah
Al-Quran tunjang hidup kami
Sunnahmu pegangan pedoman kami

Ya Rasulullah
Syafaatmu kami nanti
Moga kelak kita dipertemui

13 Februari, 2011

غرفة ج-قاف




KBS KALI 1 2011

ALHAMDULLILAH..dengan izinNya KBS Kali pertama bagi pembukaan tirai 2011 telah diadakan pada 9 dan 10 Februari yang lalu. Ribuan terima kasih kepada semua fasilitator yg membantu untuk menjayakan KBS kali ini.Semoga usaha kita untuk mendidik para khalifah kecil ini diberkatiNya.

06 Januari, 2011

Banjir melanda...



Tanggal 6 Januari 2011 - Pengalaman pertama kali sekolah kami dilanda banjir,syukur alhamdullilah semuanya selamat. Murid-murid yang berada di kelas tingkat bawah terpaksa dipindahkan ke tingkat atas kerana kelas mereka telah dipenuhi air. Walau bagaimanapun syukur padaMu Rabbi kerana semuanya berada dlm keadaan yg baik.

01 Januari, 2011

Lembaran Baru 2011


Dengan kedatangan tahun 2011,moga semua warga j-QAF SK Balok Baru serta warga SK Balok Baru menyemai semangat serta azam untuk memantapkan lagi bidang kerja masing-masing serta terus menyemai budi mendidik anak-anak murid menjadi insan yang cemerlang dalam akademik dan sahsiah diri,amin ya rabb.