اهلا وسهلا

20 Januari, 2013

Selamat datang 2013

Alhamdullilah masih dikurniakan hayat untuk menghirup udara di bumi Allah yang teramat luas. Sungguh lama benar saya tidak meng'update' sebarang berita dan maklumat di blog j-QAF SK Balok Baru gara-gara terlupa password login. Alhamdullilah ingatan itu dikembalikan semula,dan dapatlah login malam ini.Banyak perubahan yang berlaku pada tahun 2013 ini. Dengan sof pimpinan yang sudah diperbaharui,semoga terus mantap dan dapat bekerja dengan lebih keras lagi demi mendidik anak-anak murid tentang ibadah,akidah,solat serta segala ilmu yang ada.j-QAF SK Balok Baru tahun ini juga dimantapkan lagi dengan kehadiran seorang ustaz,Ustaz Hafiz Bin Alimi ahlan wa sahlan ucapan diberi,semoga dengan kehadiran ustaz Hafiz segala perjalanan program j-QAF akan bertambah lancar,insya'allah biiznillah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan